SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN
nk kongsi info sket neh...
Hadis:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan
menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat At-Tirmidzi
Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk
kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan
pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan
diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut
perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang
melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Korban itu bagi
tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah
dan Al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa - Sabda Rasulullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosadosamu yang telah lalu".
(Riwayat Al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
mood: raye di perantauan.
No comments:
Post a Comment