Friday, November 11, 2011

11.11.11


hehheheeh.....ngada-ngada

semua nak tajuk macam tu kan hari ni...
special sangat ke hari ni??
tarikh je cantik
11.11.11
cantik kan??

tarikh macam tu sekali je ad.
esok dah jadi 12.11.11
klu macam ni pun ok kan...12.11.10
tapi tarikh tu da lepas la..




bersyukur lah semua
sempat lagi kita nikmati tarikh seperti hari ini
adakah masih sempat kita rasai tarikh 12.12.12 nanti??





Monday, November 7, 2011

SALAM AIDILADHA








SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN



nk kongsi info sket neh...

Hadis : Fadhilat Dan Hikmah Korban


Hadis:
Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan 
menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat At-Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya 
   daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk 
   kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan 
   pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan 
   diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
    a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut 
        perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
   b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang 
       melimpah-ruah.
   c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
   a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Korban itu bagi 
       tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah 
      dan Al-Hakim)
  b) Sebagai penebus dosa - Sabda Rasulullah  SAW kepada Sayyidatina Fatimah:
      Maksudnya: "Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya     yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosadosamu yang telah lalu".


       (Riwayat Al-Bazzar dan Ibnu Hibban)





mood: raye di perantauan.