Wednesday, August 29, 2012

PENTING KAH SEKUFU??








Seorang pelajar bertanya pada saya, "madam..salahkah kalau seorang perempuan yang ada ijazah, ada pangkat ada harta, bernikah dengan orang yang lebih rendah dari segi pendidikannya, dari segi kekayaannya, dari segi pangkatnya? Memang tak boleh ke?"

Ini jawaban saya..mungkin bukan utk mewakili semua perempuan, tapi jawaban ini adalah dari hati saya sendiri.
Islam telah mengajar kita prinsip sekufu


di dalam pernikahan. sekufu' bukan bermakna semuanya mesti sama. kalau semua nak sama, susahlah orang yg ada Phd nak cari jodohnya. susahlah wanita yang berpangkat besar mencari jodohnya. Kenapa Islam menyuruh kita mencari yang sekufu', yang lebih kurang sama dengan kita? supaya dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara suami dan isteri. supaya dapat mengurangkan risiko hancurnya rumahtangga kerana jurang perbezaan tersebut.
Semasa kita sedang asyik dibuai cinta..semuaanya jadi buta. kata pelajar saya Muhibs Ashtepets, cinta tidak buta, tapi love transcends everythings."

Betul....masa kita tengah hangat bercinta, semuanya indah, semuanya kita rasa okay. tak kisah.
Feel kebanyakan perempuan ni, kalau dia dah jatuh cinta dan jatuh sayang...dia tidak akan lihat apa pangkat bakal suaminya. darjat, pangkat, harta semuanya tidak menjadi penting buat dia. yang penting dia nak hidup bersama dengan org yg dia cinta. Itu yang boleh ada pepatah melayu, "nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan.buah kasih, buang saudara, ke thailand dan ke lombok aku turutkan."

yang menjadi masalah nanti ialah, bila si suami yang lebih rendah pangkatnya, lebih rendah pendidikannya, lebih sikit gajinya sentiasa merasa dia pun rendah. bukan rendah badan.tapi rendah diri yang tidak bertempat. masa itu, barulah yang indah macam pelangi akan jadi haru biru. Isteri minta tolong bantu dia dia di dapaur, dia rasakan isteri berlagak jadi boss. isteri minta tolong jaga anak, dia rasa isteri nak kulikan dia. itu belum campur dengan budaya org melayu yang kata, lelaki yg tolong isteri di dapur itu suami yang dayus, takut kat bini. belum lagi campur dengan persepsi masyarakat melayu yang tipikal, yang kata..."fuhh..jadi orang gaji bini." Allahu Rabbi.

Bila perasaan rendah diri atau inferiority complex itu menguasai diri, maka saat itu...akan hancurlah sebuah rumahtangga. akan hilanglah mahabbah dan rahmah di dalam rumahtangga. retak menanti belah....belah menanti hancur. Jadi kalau rasa sanggup nak hadapi semua tu, teruskanlah niat nak bernikah dengan buruh kasar yang hensem, atau ofis boy, atau pak guard biasa yang amat caring di mata kita. Cuma bersedialah utk menghadapi segala kemungkinan yang akan tiba.

Dan nasihat saya kepada lelaki yang mendapat isteri yang lebih tinggi kedudukannya dari kalian, selalulah bersangka baik kepada isteri anda. jangan sesekali bersangka buruk. "Ingatlah, ketika isteri yang lebih tinggi pangkatnya itu memilih anda, dia bukannya tidak ada terdesak sebab tak ada org lain inginkan dia. tapi bagi dia..andalah yang terbaik utknya. andalah yang diharapkan akan menjadi bidadaranya di syurga nanti."

kepada wanita yang berpangkat besar, yang ada kedudukan, yang ada ijazah bergulung2..ingatlah satu perkara, biarpun suami anda lebih rendah pangkatnya...dia tetap suami anda. perlu dihormati sebagai imam di daam rumah itu. bermusyawarahlah dengan dia bila membuat keputusan penting. jangan belakangkan suami anda di majlis2. bawa suami anda dan beritahu inilah orang yang sentiasa berada bersama saya sewaktu senang dan susah.

semoga soalan tadi telah terjawab. Jangan lah menyanyikan lagu berkorban apa saja, harta ataupun nyawa semasa sedang bercinta. tapi bila cinta menjadi benci...lagu tu menjadi, 'aku akan korbankan engkau pulak.

wassalam,
Mdm Fauziah, AIKOL, UIA 



























# bila usia makin meningkat,
'muda lagi hokey'
Kadang-kadang aku jugak terfikir, bagaimana aku nanti??












Wednesday, August 8, 2012

FASA KE-3




Ramadhan sudah masuk fasa yang ke-3 iaitu fasa terakhir

i'm trying my best

insyaAllah.







Friday, August 3, 2012

BERNYAWA DENGAN SEBELAH JIWAKU




Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup


Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula


Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari


Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku